Bulan 001 - In Defense of Chaotic Energy


BULAN-001
In Defense of Chaotic NRG
31.08.2023

◯ 

Blue Sturgeon Supermoon
Sign: 7°25’ Pisces
Illumination: 99.66%
Distance: 357,341 km
Perigee: 0.997
Berikut adalah moonmix untuk entri ini. Senarai track dan moonmixes akan datang boleh ditemui di sini.


Tarikh 31 Ogos 2023 adalah hari kelahiran ibu dan tarikh terjadinya peristiwa Blue Moon. Aku teringat akan perbualan terakhir di telefon bersama ibu. Tentang temujanjinya bersama pakar Feng Shui yang bernama Desmond Ng baru-baru ini. Pertemuan itu katanya untuk memohon pertolongan bagi mengubahsuai rumah keluarga kami.


Beliau mengkritik susun atur asal rumah kami terutamanya atap shingle dan tempat air luar rumah yang dipasang di sepanjang koridor utama. Menurutnya, membela ikan dalam tempat air steril dengan binaan yang estetik itu akan mengimbangkan chi 氣. Ciri lain yang mengganggu tenaga menurut master adalah rumah kami tidak mempunyai pintu masuk utama yang bertentangan dengan dinamik perseorangan keluarga kami. (Kadang aku tertanya sama ada tali perut aku dan adik-beradik yang ditanam oleh ibu di tempat yang sama telah meneutralkan saliran tenaga itu).

Sebelum aku teruskan bercerita, harusku nyatakan sebelum ini ibu adalah seorang yang skeptikal terhadap hal-hal yang berkait dengan New Age Spiritualism, Perubatan Cina Tradisional dan Metafizik (e.g. Feng Shui). Namun, sejak dia pulih dan bangkit daripada 5 jenis kanser, pandangannya terhadap falsafah ini mula berubah. Tidaklah aku fikir dia percayakan ideologi itu sepenuhnya tapi dia seperti kagum dengan kelayakan dan rekod positif Desmond Ng. Rupanya kawan rapat ibu yang rancak memberitahu tentang master. Nak tengok biografi beliau boleh baca di sini.

Selepas pertemuannya bersama Master Ng, sudah tentu geng arkitek pening untuk membetulkan semula rekabentuk mengikut metodologi Feng Shui. Ibu juga meminta untuk menafsir carta kelahiran aku. Panggilan telefon yang berlaku antara kami adalah untuk membincangkan tentang penemuan carta kelahiran aku.

Ada suatu rasa misteri yang tidak selesa apabila membayangkan carta kelahiran aku dibaca oleh orang yang tidak ku kenali. Tapi, dalam keadaan sekarang dimana aku tengah dalam proses membuat keputusan penting dalam kehidupan dan walaupun kita semua ada kemahuan bebas dalam hidup ini, kadang aku merasakan lagi senang menyerahkan kepada takdir sepenuhnya (fatalism). Memang kedengaran seperti pentingkan diri dan lebih senang untuk menyalahkan kepada penjajaran bintang atau aliran chi daripada menghadapi hidup ini dalam kekesalan atau bertanggungjawab sepenuhnya dalam membuat keputusan. Tafsiran ini berfungsi sebagai metafizikal serta cara melepaskan diri (escapist) / menyerah kalah (defeatist) atas kegagalanku dalam membuat keputusan.


Moonmix art: @bugdo11
Apa pun, berikut adalah penemuan yang ibu terjemahkan daripada Bahasa Mandarin:

  • Perwatakan: Tidak menurut perintah, degil, luaran kelihatan dingin tapi hatinya lembut, tidak suka berhadapan (tapi kadang-kadang komennya kritis), berseni, suka duduk di rumah.
  • Masalah: kekurangan api dan tenaga yang kacau-bilau, kurang penumpuan dan sering berubah-ubah.
  • Penyelesaian: pakai pakaian yang lebih hangat dan warna lebih terang (cth.: merah, kuning, ungu). Jangan pakai tona hitam atau dingin. Biarkan rambut panjang dan warnakan merah atau undertonemerah.
  • Persekitaran: Seeloknya berada di negara tropika seperti Malaysia yang tidak mempunyai 4 musim. Jika tidak, dia akan mengalami masalah kesihatan. Persekitaran tenaga api seperti DJ / pertunjukan muzik live adalah baik.

Nak tahu kenapa point terakhir tentang persekitaran sangat spesifik, sebenarnya aku baru berpindah ke Hokkaido, Jepun dari tempat lahirku iaitu Kuala Lumpur, Malaysia. Sebelum ini, aku selalu memainkan muzik orang di rumah dan ibu kadang tertanya-tanya sama ada hobi atau minat sebegitu bagus (meng-DJ). Kalau ikutkan bacaan Feng Shui, persekitaran yang mempunyai 4 musim seperti Jepun mungkin tidak begitu sesuai untuk kesihatan aku. Dan bacaan Master Ng bolehlah diterima setakat ini. (Dalam masa 3 hari berpindah ke Hokkaido, aku jatuh basikal, terseliuh buku lali dan sebelah kasut loafer hilang semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Lagi, aku juga tidak sengaja tandatangan untuk sewa di apartment yang langsung tiada perabot dan waktu itu memang kelam-kabut terutamanya nak pasang pemasangan utiliti sedangkan aku baru mula bekerja 2 hari sebaik mendarat di Jepun. Selain itu, keadaan cuaca yang sering berubah-ubah dan untuk membiasakan diri dengan perbezaan budaya di sini menyebabkan aku mengalami demam tanpa henti.)

Seperti bacaan lain, sifat-sifat yang dinyatakan untuk menghuraikan karakter seseorang sangat sama dan universal yang terpakai untuk hampir semua orang. Apa pun, aku setuju aku memang degil sebab memang takkan ku pakai pakaian warna hangat, tengoklah dalam almari ku yang kebanyakan warna terdiri daripada warna hitam, beige, kelabu, putih dan beberapa shade biru. Baru-baru ini, aku bleach rambut dan mewarnakan dalam spektrum biru dan kelabu untuk dua tahun berturut-turut. Disebabkan itu, sisa-sisa melanin merah rambutku musnah dan habis hilang kelembapan folikel rambut. Rambut aku sebenarnya agak pendek. Disebabkan polisi di tempat kerja, aku perlu mewarnakan rambut warna coklat gelap sudahnya penuaan pramatang bukan alasan kukuh untuk simpan rambut beruban.

Sebelum bacaan carta kelahiran, aku terlebih dahulu meminta nasihat dari kawanku, Felissa yang merupakan seorang ahli astrologi dan beliau juga mempunyai trek rekod ramalan yang bagus dan tepat. Sama juga dengan Desmond, beliau juga meramal tarikh pemergian (dari realiti semasa) orang tersayang rakan kami. Di bawah ini, aku senaraikan persamaan dan perbezaan antara dua bacaan carta kelahiran aku (anggaplah ia sebagai perbandingan kebudayaan silang metafizik, lol.)

Perbezaan: Sifat jasmani yang lebih sesuai di klimaks lebih sejuk. Aku seorang suria Capricorn (bumi), Aries terbit (api) dan Libra bulan (udara) dengan majoriti planet dalam carta sama ada berada di udara atau bumi. Oleh itu, aku kekurangan air, bukan api.

Persamaan: Tenaga kacau-bilau dan keliru. Kreatif tapi terasa diri berpecah-belah dan kabur kerana Musytari (Jupiter) dan Neptun dekat dengan tanda suria. Penekanan pada ☉ bersempena ♆ (rumah ke-10).

Apa pun, asal-usul kenapa laman web ini dicipta kerana kesedaran tentang satu penemuan sama antara dua bacaan itu iaitu kehadiran tenaga kacau-bilau.

Sama seperti buku nota atau buku conteng, laman web ini adalah cara untuk aku merekod inspirasi dan memori fana dengan menyiarkan di internet, sebuah medium yang disimpan dalam batu kristal seperti yang diterangkan dalam video saintifik di bawah (video lebih panjang di sini). Dalam kata lain, ini adalah cara untuk aku berdamai dengan kekeliruan dan tarikan terhadap sesuatu dan harapnya kalian turut sama berminat. Satu-satunya struktur yang diikuti adalah kalendar lunar yang berkait dengan nama laman ini.

Jadi, bb.bulan adalah nama di Instagram/ nama DJ ( ´・・)ノ(._.`). Sepatutnya nama DJ aku tidak lah cringe secara ironiknya tapi cringe jika lihat dalam konteks ini. Mula-mula ini adalah nama IG di kolej New Hampshire dimana Bahasa Melayu (BM) bukan bahasa utama (kefasihan BM aku sama seperti budak umur 5 tahun) dan waktu itu rancangan kegemaranku adalah Sailor Moon.
Bulan adalah moon dalam Bahasa Inggeris. Bila aku memilih muzik untuk acara di KL, makna Bulan menjadi kurang abstrak. Tapi, awalan ‘bb.” sebelum ‘bulan’ membuatkan nama itu menjadi kabur sebabnya masih ada orang yang menanyakan apakah maksud akronim itu. Sebenarnya, aku sendiri tidak tahu. Serupa bro kripto yang memerlukan panduan, aku harusnya membuang jauh subjek Astrologi dan Feng Shui dan sebaliknya mendampingi ajaran ChatGPT.

‘bb’ sebagai ‘bulletin board’ (papan buletin) kelihatan paling relevan dalam konteks ini, walaupun tujuan aku untuk menulis hal yang berkait dengan bulan secara tidak langsung. Jika kalian ingin membaca secara jelas berkenaan bulan, boleh baca di laman web NASA yang mengandungi peta interaktif yang memantau bulan setiap hari (tsukimi 月見 yang tetap dan harfiah). Boleh juga kalau mahu lihat data online dari Lunar Reconnaissance Orbiter Camera (LROC) untuk memantau bulan dengan lebih jelas.

Kembali lagi kepada makna disebalik nama ‘bb.’. Sebenarnya, aku ada meletak beberapa pilihan yang mungkin sesuai dengan laman ini dan aku akan senaraikan tiga belas pilihan di sini:

1. Blog Blog Bulan
2. Blob Blog Bulan
3. Bebhionn Bergelmir Bulan
4. Bloodstone Beam Bulan
5. Based Bladee Bulan
6. Blood Blade Bulan
7. Burn Book Bulan
8. Born Blank Bulan
9. 9BABC1 B0B0B0 Bulan
10. Banshee Banter Bulan
11. BattleOn Bubble Bulan
12. Basalt Betwixt Bulan
13. Beta Boi Bulan  

Sebagai seorang yang mempunyai penyakit kronik dalam membuat keputusan, maksud ‘bb.’ nampaknya akan kekal wujud sebagai satu pemboleh ubah.

Disebabkan hal ini masih belum diselesaikan, kita kembali kepada tema metafizik seperti yang diberitahu sebelum ini. Semasa aku menceritakan proses bagaimana bermulanya laman web ini (ulangan: tenaga kacau-bilau, kurang api dsbg.) kepada rakanku, Jona, cara dia respons seakan kebetulan. Menurut Feng Shui, dia juga kekurangan api, dan disebabkan dia hanya memakai pakaian hitam, strategi tindakan dia adalah menggunapakai ruang maya. Kalau aku pula membuat laman web ini, dia pula menyerlahkan dengan memaparkan tona merah sama melalui imej profil online atau latarbelakang laman web yang menonjolkan identiti dan hasil kerja dia. Tangkal digital yang beroleh dari Hex #FD0000 adalah skema warna Jona untuk mendorong keseimbangan dalam chi nya. (Ya, aku tahu hex di sini merujuk kepada kod warna heksadesimal tapi bunyinya seperti mantera ahli sihir yang bersesuaian dengan tema sekarang.)



Selepas melihat gambar profil Jona di IG, aku teringat akan memori semasa melawat rakan sebilikku si Candle di kolej Seattle semasa musim panas selepas pandemik 2021. Aku tidak pernah berjumpa mereka sejak graduasi lagi, jadi, sempena aktiviti reunion, kami memilih untuk pergi membuat bacaan aura dekat sebuah pertubuhan yang sekarang sudah tutup: New Age Psychic. Dengan fotografi bio maklum balas Kirlian ‘80s AuraCam  dan perisian chakra, berjaya juga kami memperoleh bacaan aura selepas sesi brunch.  Bacaanku agak mengerikan dengan carta pai yang menunjukkan 0% semangat, 0% minda dan 100% badan (111 aktiviti, 0 ketenangan) yang berkait dengan aura merah (root chakra). Bacaan si Candle pula lebih baik sedikit dengan 1% semangat, 14% minda dan 85% badan (87 aktiviti, 10 ketenangan). Walaupun auranya kebanyakannya merah, dia juga mempunyai sedikit tenaga yang memancar frekuensi warna hijau/ biru yang lebih tinggi.


Tapi, dari segi warna, bacaan itu tidaklah terlalu jauh berbeza dengan kali pertama aku mengambil foto aura pada tahun 2016 di Magic Jewelry, Canal Street, NYC. Dengan kehadiran rona merah, oren dan kuning, ini boleh menjadi bukti yang aku tidak perlu pakai pakaian bertona hangat atau mewarna rambut menjadi merah untuk menyelesaikan masalah kekurangan api dalam chi . Dengan nafas yang sama, aku berharap agar laman web ini berfungsi sebagai cara tidak serius untuk aku mengurus buah fikiran dan membetulkan struktur tenaga kacau-bilau.